Suka makan Apam? Ini Cara Mudah dan Lengkap Untuk Membuat Apam Tepung Gandum!

Hari ni saya cuba buat apam tepung gandum simple by kitchen mama ina. Alhamdulillah bahan pun tak susah nak dapatkan. Alhamdulillah hasilnya menjadi dan sangat gebu. Rahsianya kali ni saya ayak tepung sebanyak 4 kali. Saya gunakan tepung jenama Faizah. Tujuan saya ayak tu untuk dapatkan struktur apam yang gebu dan ringan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Riesha Rieshaliena. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan tepung gandum Faizah diayak 4 kali.
  • 2 cawan air suam.
  • 1 cawan gula pasir.
  • 1 sudu kecil yis mauripan.
  • 1 sudu kecil garam halus.
  • Pewarna atau perisa pilihan anda.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan tepung bersama gula, yis dan garam kemudian sebatikan. Bila dah sebati, masukkan air dan gaul lagi sehingga semuanya sekata.
  2. Bila semua dah sekata baru masukkan masukkan pewarna atau perisa pilihan anda. Peramkan adunan apam tadi selama lebih kurang 2 jam.
  3. Bila dah siap peram, adunan tadi akan naik. Gaul dan tumbuk-tumbuk untuk keluarkan anginya kemudian gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan ke dalam acuan yang dah disapu dengan sedikit minyak supaya tak melekat. Biarkan bacuhan dalam acuan seketika selama lebih kurang 10 minit barulah kita mula kukus selama 15 minit.
  5. Bila dah masak jangan terus buka penutup kukusan. Tunggu sekitar 5 minit baru buka ya. Tujuannya supaya permukaan apam flawless gebu jer tak jadi kedut.
Baca juga :  Cara untuk membuat Apam Puri Berinti Kastard. Sesuai untuk sarapan pagi anda.

Sama-sama kita kongsi rezeki dan ilmu yer. Semoga rezeki kita semua diberkatiNYA. Kalau guna kukusan biasa api guna sederhana besar dan tutupkan tudung kukusan dengan kain supaya wap air tak jatuh atas apam nanti. Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.