Cara untuk membuat Kek Apam Karamel yang sangat enak, lembut dan terbaik untuk anda cuba.

Kek Puding Karamel ni tengok gambar pun dah boleh agak kesedapanya. Gebu dan sedap sudah semestinya. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat ini. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan adalah untuk buat karamel:

  • 8 sudu besar gula digoreng dalam loyang. Bila dah jadi karamel, ketepikan.

Bahan dan cara yang diperlukan untuk bahagian puding:

  • 3 biji telur ayam.
  • 1 tin susu cair.
  • 5 sudu besar susu pekat manis.
  • 2 keping roti dibuang bahagian tepi.
  • Esen vanilla.
  • 5 sudu besar gula.

Kesemua bahan dikisarkan/mixer sehingga sebati kemudian tuangkan adunan ke dalam gula caramel tadi. Kemudian kukuskan dalam 20 minit.

Bahan untuk bahagian kek:

  • 5 biji telur ayam.
  • 1 cawan gula.
  • 1 sudu besar ovalett.
  • 5 sudu besar susu cair.
  • 5 sudu besar minyak masak.
  • Esen Vanilla.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  • 1 sudu kedil baking powder.
  • 3 jenis warna yang anda suka.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Pisang Gebu Gebas hanya guna Blender sahaja. Resepi puas hati!

Cara untuk membuat Kek Puding Karamel:

  1. 5 biji telur ayam diputar bersama 1 cawam gula dan 1 sudu besar ovalett sehingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan 5 sudu besar susu cair, 5 sudu besar minyak masak, esen vanila.
  3. Seterusnya, masukkan 2 cawan tepung gandum yang siap diayak bersama 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder.
  4. Bahagikan 3 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan masing-masing. Tuangkan ke atas puding tadi dan kukus selama 45 minit.

Siap untuk dihidangkan dan dijamah bersama yang tersayang. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.