Cara untuk membuat Kuih Talam Ubi Keladi. Padu, Enak dan tak rugi untuk dibuat. Cubalah!

Menu untuk berbuka kejap lagi. Hari ni kita buat talam keladi. Jom tengok resepi talam keladi yang telah dikongsikan oleh Puan Yati Yati. Selamat mencuba ya semua.

Bahan-bahan untuk Lapisan bawah (Bahan 1):

  • 2 cawan Tepung beras.
  • 3 sudu besar Tepung ubi.
  • 1 sudu Kecil Garam.
  • 1 cawan Santan pekat.
  • 3 cawan air.
  • 6 sudu besar Gula.

Bahan-bahan untuk Lapisan bawah (Bahan 2):

  • 1 cawan Ubi keladi.
  1. Ubi keladi tu perlu dipotong dadu dan cuci dengan air garam ya supaya ubinya tak jadi hitam kemdian rebuskan.
  2. Campurkan bahan 1 bagi sebati dan jangan berketul-ketul. Masak sekejap sampai naik wap. Gunakan api perlahan ya. Bila dah masak sekejap tu matikan api dan masukan ubi keladi. Tak nak masak pun boleh je.
Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Mama Carrie. Kuih raya yang sentiasa dicari oleh kita semua.

Bahan untuk Lapisan atas:

  • 1 1/2 cawan Tepung gandum.
  • 1 cawan Gula.
  • 1 cawan Santan pekat.
  • 2 1/2 cawan Air.
  • 3 biji Telur.
  • Perisa keladi secukupnya.
  • Pewarna ungu.

Cara-cara membuatnya mudah sahaja:

  1. Campurkan semua bahan untuk lapisan atas tadi dan kacau bagi sebati jangan berketul.
  2. Kemudian,  kukus lapisan bawah dulu ya sampai masak baru letakan lapisan atas. Kemudian kukus semua lagi untuk bagi semua bahan tadi masak. Paling penting, acuan tu sapu minyak dulu ya supaya mudah nak keluarkanya dari loyang nanti. Potong masa dah sejuk tau.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.