Cara untuk membuat Ayam Goreng Berempah yang Juicy di dalam serta rangup di luar.

Ayam goreng berempah yang juicy di dalam rangup diluar. Bau rempah yang sangat sedap. Masa goreng pun anak dah pakat tanya bila nak siap. Goreng waktu sahur memang senang nak kejut anak. Semua pakat lapar bau ayam goreng berempah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Umi Watie. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam secukupnya.
  • 4 ulas Bawang putih.
  • 2 inci Halia.
  • 6 batang Serai.
  • 3 bahan di atas ni perlulah dikisar bersama.
  • Sebiji Telur ayam.
  • 1 sudu besar Serbuk kari.
  • 1 sudu besar Serbuk cili.
  • 1 sudu teh Serbuk kunyit.
  • Garam secukupmya.
  • 2 sudu besar Tepung jagung.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan bahan yang perlu di kisar ke dalam pengisar. Serai tu potong pendek-pendek. Masukkan telur sebiji. Jangan campur air tau.
  2. Saya pilih ayam bahagian peha. Guna 4 ketul resepi ini boleh guna sehingga 8 ketul tau. Gaulkan ayam tadi bersama baan yang telah dikisar hingga sebati dan sekata. Kemudian masukkan tepung jagung dan gaul lagi bagi sebati.
  3. Perapkan adunan sekurang kurangnya 2 jam. Saya perap dalam peti sejuk. Lagi lama lagi sedap uiii.
  4. Panaskan minyak, goreng dalam api yang kecil serbuk semua tu saya gorengkan sekali. Masa ini bau dia, Masya Allah! Sedap uiii terus cacing dalam perut buat tarian dangdut.
  5. Goreng sampai kekuningan atau ayam masak. Serdak hasil goreng tadi pun toskan sekali tau.
  6. Angkat dan hidangkan dalam pinggan. Sabar ye, itu azan Zuhur bukan azan Magrib. Pergi buat cepat, sempat lagi ini.
Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Bihun Goreng Siam

Serdak tu yang paling mahal, gaulkan dengan nasi panas dan kicap. Peeghhhh lupa terus diet seminggu. Serdak dia memang rangup dan wangi. Ishhh memang mantul habis. Selamat mencuba ya semua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.