Cara untuk membuat Ayam Masak Merah Kurma yang sangat padu!


Menu ni memang serius sedap. Makan dengan nasi tomato, nasi minyak pergh lagi padu. Tapi selalunya kekna makan dengan nasi putih pun dah dah bertambah tambah pinggan. Caranya mudah sangat nak guna.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar. Terima kasih dan selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam yang di goreng dengan kunyit dan garam.
  • Bawang merah di kisar.
  • Bawang putih di kisar.
  • Halia di kisar.
  • Cili kering di kisar.
  • 2 sudu besar Sos tiram di satukan.
  • 2 sudu kicap manis di satukan.
  • 2 sudu kicap cair di satukan.
  • 2 sudu sos cili di satukan.
  • Rempah kurma.
  • Daun ketumbar.
  • Bawang holand.
  • Serai.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gunakan minyak lebihan ayam yang di goreng. Masukkan serai. Tumiskan bahan bahan yang di kisarkan.
  2. Biarkan naik bau wangi. Selepas tu masukkan cili kering. Biarkan seketika sampai pecah minyak dan garing sedikit.
  3. Masukkan air sedikit supaya tumisan tadi tak adalah nampak kering sangat.
  4. Masukkan serbuk kurma dan bahan bahan yang di satu kan. Masukkan garam sedikit. Gula sedikit. Biarkan seketika. Sampai pecah minyak.
  5. Masukkan ayam goreng. Gaulkan sebati.
  6. Masukkan bawang holand di potong bulat biarkan sekejap. Lepas tu boleh la masukkan daun ketumbar.
Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Kelapa yang sedap, ringkas dan mudah disediakan.

Dah siap. Mudah sangat kan. Yang nak sharee Kekna izinkan. Di persilakan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.