Cara untuk membuat Kari Ikan Masala. Padu beb dan gerenti licin nasi sepinggan!

Nak cari kelainan masak kari ikan? Jika nak kelainan boleh cuba masak kari ikan masala. Makan dengan nasi panas gerenti sedap. Ada sedikit berbeza cara masak, sebab ikan perlu digoreng dahulu. Nak tahu lebih lagi macam nak masak kari ni, boleh baca resepi di bawah. Tak susah pun nak sediakannya. Selamat mencuba resepi Khadijah Jaafar ini.

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ikan jenahak/ikan merah – saiz sederhana.
  • 1 biji bawang besar merah – dihiris.
  • 1 ulas bawang putih – dihiris.
  • 1 biji tomato – dipotong dadu kecil.
  • 2 tangkai daun kari.
  • 1 paket rempah kari.
  • 1 sudu besar serbuk cili.
  • 1½ sudu kecil garam masala.½ sudu kecil halba campuran.
  • ½ sudu kecil serbuk kunyi.
  • ½ cawan air asam jawa.
  • ½ cawan santan.
  • Garam secukupnya.
  • Pes halia bawang putih (ditumbuk halus).
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Tenggiri Masak Asam Jawa. Menu pasti tambah nasi ni tau!

Cara-cara membuatnya:

  1. Ambil sedikit pes halia bawang putih, dengan serbuk kunyit dan sedikit garam pada ikan. Kemudian, gorengkan ikan tadi sehingga sedikit masak, tak perlu lama pun.
  2. Tumis bawang bersama dengan halba campuran dan daun kari dalam minyak yang sudah dipanaskan. Tumis sehingga bawang sedikit garing dan naik bau. Harum bau bila tumis ni.
  3. Masukkan tomato. Tumiskan sekejap hingga nampak tomato agak lembik. Bancuhkan rempah kari, garam masala dan serbuk cili dengan air. Kacau rempah hingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan rempah ke dalam kuali. Masukkan lebihan pes halia bawang putih. Kacau sehingga rempah sedikit masak.
  5. Masukkan air. Sukatan air mengikut kepekatan yang kita suka. Kemudian, masukkan pula air asam jawa.
  6. Masukkan ikan yang digoreng tadi. Jika, nak rasa sedikit berlemak boleh masukkan sedikit santan., suka lebih berlemak tambahkan lagi santan. Kalau tak nak letak santan pun boleh. Ikut pada selera masing-masing. Nak ganti yogurt pun boleh. Kita yang masakkan, jadi letak lah ikut pada selera kita. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan garam. Jika suka ada rasa manis, tambahkan gula.
  7. Dah masak, hidangkan dengan nasi panas-panas cukup sedap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Selayang / Ikan Sardin Rebus Goreng yang membangkitkan selera anda.

Selamat menjamu selera.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.