Cara untuk membuat Ayam Masak Kurma. Pekat, lazat dan terbaik dari dapur untuk anda.

Selamat pagi semua. Kali ni kami nak kongsikan kepada anda menu masakan untuk lunch dan dinner. Ayam Masak kurma yang dikongsikan oleh Dani Shoppe’s. Kata dia;

Jangan kecam ye kalau ade kesalahan dalam cara masakan ni sebab saya ikutkan selera ayah saya ye. Dia yang mintak saya buat macam ni dan gantikan santan kepada susu cair. Raikan perbezaan ye, selera orang-orang tua, kita ikutkan je selagi dia masih bernafas.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah. Sukatan agak-agak ye:

  • Seekor Ayam yang telah dicuci bersih.
  • Sepeket Rempah Kurma Adabi.
  • Sebiji Bawang merah potong halus.
  • Sebiji Bawang holland separuh potong wedges, separuh hiris halus.
  • Beberapa ulas Bawang putih dihiris halus.
  • 3 biji Kentang yang dibuang kulit.
  • Susu cair secukupnya.
  • Garam, Gula secukupnya.
  • Tomato, Cili besar dan Telur rebus jika suka.
  • Bunga lawang, Kulit kayu manis dan Pelaga secukupnya.
  • Air masak secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Teh Tarik terlajak sedap untuk anda sekeluarga.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan kuali atau periuk. Masukkan minyak kemudian tumiskan bawang yang dihiris halus dan rempah kasar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma adabi yang telah dibancuh dengan sedikit air untuk menjadikanya pes rempah kurma.
  3. Saya tumis 3 kali garing. Saya masukkan air, dia kering dan garing pastu masukkan air. Macam tu la sampai 3x. Jaga api jangan bagi rempah hangus.
  4. Kemudian, masukkan ayam, Biarkan dia sebati dengan rempah. Kacau-kacau dan pastikan jaga jangan bagi hangus ye. Tambah air jika perlu. Kemudian masukkan air secukupnya.
  5. Masukkan kentang, agak-agak kentang dah separuh masak. Masukkan bawang yang kita potong wedges tadi, biarkan dia mendidih sekejap.
  6. Akhir sekali, masukkan la susu cair secukup rasa, garam, gula, air asam jawa kalau suka. Bahan-bahan lain macam buah tomato, cili besar dan telur rebus. Biarkan dia mendidih sekejap. Bila dah agak masak boleh tutup api.
  7. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan lauk-pauk yang lain.
Baca juga :  Cara untuk membuat Keli Salai Masak Lemak Jantung Pisang. Resepi yang padu dan memikat selera anda.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.