Cara untuk membuat Creamy Crab Ball. Pasti tak cukup sebiji kerana kesedapanya!

Kami kongiskan cara untuk membuat Creamy Crab Ball oleh Puan Tyra Manan. Pasti masakan ni tak cukup sebiji kerana kesedapanya! Berebut dengan yang lain nanti. Cubalah!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Crab stick dikoyakkan.
  • Daun bawang secukupnya.
  • 1 biji Bawang holland secukupnya dan dicincang.
  • Bawang putihsecukupnya dan dicincang.
  • Butter.
  • Black pepper mengkiut kepedasan yang anda mahu.

Cara-cara menyediakanya:

  1. Panaskan kuali & cairkan butter.
  2. Tumis bawang holland & bawang putih sampai kuning kemudian masukkan crab stick tadi dengan daun bawang & perisakan dengan black pepper. Ketepikan bila dah siap.

Bahan-bahan untuk Cream:

  • 2 sudu besar Butter.
  • Sedikit tepung.
  • Sekotak kecil Susu fresh milk. Kalau suka yang lagi berkrim, boleh guna susu full cream.

Cara-cara membuat Cream:

  1. Cairkan butter, masukkan tepung dan gaul sikit bagi rata.
  2. Padam api & terus masukkan susu. Kacau sampai tepung & susu tu sebati. Part ni jangan biar lama atas api, nanti tepung tu masak sangat tak jadi creamy la.
  3. Dah siap cream ni, campurkan dalam isi ketam tadi & bulat-bulatkan ikut size mana korang nak. Ok dah settle tu, jom kita nak goreng pulak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Vanilla Crunchy. Boleh jadi kudapan paling sedap raya nanti!

Bahan-bahan untuk gorengan:

  • Telur.
  • Tepung bestari – kalau nak ganti tepung gandum pun boleh je.
  • Bread crumbs.

Cara-cara menggoreng:

  1. Celup adunan yang dah dibulatkan tadi dalam telur, pastu tepung, pastu celup balik dalam telur baru golekkan dalam bread crumbs kemudian baru goreng dalam minyak yang panas.
  2. Nak pesan awal-awal, dah siap tu makan pulak dengan cili sos, siyes memang tak ingat orang belakang tau!  Ok macam biasa kalau share resepi ni jangan lupa kredit Tyra okies.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Gulai Nanas Ikan Talang Tumis Darat

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.