Cara untuk membuat Aiskrim Malaysia Perasa Nutella. Sedap dan bakal menyamankan tekak anda.

Cara untuk membuat Aiskrim Malaysia Perasa Nutella. Sedap dan bakal menyamankan tekak anda. 4 bahan je. Mudah nak buat! Rajin dengan tidak je hehe! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fairuz Abu Hassan. Terima kasih dan selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Nutella secukupnya.
  • Susu pekat 1 tin.
  • Susu cair 1 tin.
  • 3 tin air kosong.

Cara-cara membuatnya:

  1. Masak susu pekat dengan susu cair. Campurkan bersama 3 tin air kosong. Renehkan sehingga mendidih. Korang nak rasa manis lagi boleh tambah gula.
  2. Bila susu dah mendidih, biarkan sejuk. Isi nutella dalam plastik aiskrim.
  3. Ambik susu tadi, isi dalam plastik aiskrim dan ikat simpul.
  4. Siap! Masuk dalam peti ais beku. Tunggu beku dulu na,baru ngap!
Baca juga :  Resepi dan Cara untuk Membuat Aiskrim Malaysia perasa Vanilla Coklat

SELAMAT MENCUBA! JEMPUT SHARE BERAMAI-RAMAI UNTUK SIMPANAN KORANG.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.