Kami kongsikan Cara untuk membuat Apam Polkadot yang comel dan gebu. Kesukaan semua orang! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Masri. Cuti-cuti hujung minggu ni boleh la kita buat bersama anak-anak. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 4 biji telur gred A (dari peti sejuk).
- 280 gm tepung gandum.
- 220 gm gula halus.
- 150 ml susu segar/ susu cair (dari peti sejuk).
- 3 sudu kecil baking powder.
- 1 sudu besar ovalette.
- 1 sudu kecil esen vanilla.
- Pewarna yang anda suka.
- Filling blueberry/ strawberry.
- Paper cup secukupnya.
Cara-cara membuatnya:
- Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan menjadi putih dan pekat klau dicedok seperti bertanduk.
- Ayak tepung bersama baking powder.
- Masukkan tepung berselang seli dgn susu, (tepung + Susu + tepung + Susu + tepung) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna.
- Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag. Masukkan paper cup ke dalam acuan lompang.
- Picitkan adunan ke dalam paper cup (setengah/separuh sahaja). Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
- Picit lagi adunan sama warna sehingga hampir penuh. Buat corak yang disukai pakai warna yang berbeza. Kemudian panaskan pengukus, setelah air betul- betul menndidih kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak. Jika api besar apam akan merekah. Satu adunan ni dapat lebih kurang 50 biji apam.
Selamat Mencuba.