Sedap dapat makan kerabu untuk hari ini. Dah lah senang dibuat, berkhasiat pula tu. Ok ini bahan-bahannya untuk membuat kerabu pucuk paku yang cepat dan membuka selera. Terima kasih kepada Puan Hasniza Hassan kerana berkongsi resepi sedap ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 2-3 ikat pucuk paku.
- 5 biji bawang merah dimayang.
- 1 biji cili merah dihiris.
- 2 sudu besar udang kering ditumbuk.
- 3 sudu besar kerisik/ kelapa parut digoreng tanpa minyak.
- 2 sudu besar sambal belacan.
- Garam secukup rasa.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Celur pucuk paku dalam air mendidih. Jangan lama tau. Sekejap je celur tu kemudian toskan airnya.
- Sediakan bahan-bahan diatas untuk digaul sekali. Boleh campurkan dengan sambal belacan yang sudah siap. Jika tiada, boleh tambahkan dengan cili merah dan belacan bakar yang dikisar/ tumbuk dan perahan limau kasturi.
- Kerisik boleh digantikan dengan kelapa parut yang digoreng tanpa minyak.
- Masukkan kesemua bahan dalam bekas bersih dan gaul rata. Jangan lupa taburkan garam secukup rasa. Dah siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!