Cara lengkap untuk membuat Apam Kampung Gula Merah.

Assalamualaikum. Saya nak kongsikan kepada anda Cara lengkap untuk membuat Apam Kampung Gula Merah. Antara resepi apam yang laris dari customer. Bahan yang ringkas dan senang dibuat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Badariah Abdrahman. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu makan yis mauripan.
  • 3/4 cawan gula merah atau gula kabong.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • 1 1/2 cawan air.
  • 2 sudu kicap manis. Kalau tak suka boleh abaikan yang ni.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gula dimasak guna air. Simpulkan daun pandan dan masukkan sekali dalam air gula tadi. Bila dah siap biarkan seketika untuk sejuk.
  2. Yis pula dibancuh sikit guna air suam. Bila nampak berbuih dan kembang baru letak tepung gandum yang telah di ayak.
  3. Bancuh semua bahan pukul hingga sebati. Kemudian, perapkan adunan tadi sehingga kembang.
  4. Bila dan kembang. Pukul laig baru tuang dalam loyang yang disapu minyak terlebih dahulu. Boleh guna acuan lompang acuan kecil-kecil tu. Biar kembang balik baru kukus.
  5. Pengukus kena panaskan dulu. kemudian, kukuslah selama lebih kurang 15 hingga 20 minit untuk acuan lompang dan selama lebih kurang 40 minit untuk acuan loyang.
Baca juga :  Nak jadikan Apam Susu anda lembut dan gebu. Ini rahsianya!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.