Resepi dan Cara membuat Apam Milo Kukus

Menu simple minum petang 5 beranak. Apam milo 4 bahan je. Mudah sangat. Saya buat ikut cara saya untuk satu adunan.

Bahan yang diperlukan:

  • Milo setengah cawan.
  • Tepung gandum secawan.
  • Gula 6 sudu (ikut kemanisan masing-masimg). Saya tak suka manis.
  • Telur 3 biji.

Cara untuk membuatnya:

  1. Pukul telur + gula sampai berbuih/putih/kembang jangan derhaka nanti apam tak naik.
  2. Masuk tepung gandum. Blender lagi sampai sebati.
  3. Adunan tadi bahagi kepada dua bekas, satu bekas biar kosong atau boleh buh pewarna lain, dan 1 bekas lagi bubuh milo dan kacau-kacau sampai sebati.
  4. Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik, lorek la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga-bunga.
  5. Kukus selama 20 minit (air kukusan mesti dah mendidih dulu).
  6. Siap. Adunan nie dapat dua loyang kecik tapi tak sampai malam dah habis.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Buah Bakar yang sangat gebu dan sedap. Kudapan anda sekeluarga yang mudah disediakan.

Kredit: Fatihatul Hakimah.

One thought on “Resepi dan Cara membuat Apam Milo Kukus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.