Cara untuk membuat Apam Kampung Gula Merah Bersarang. Memang laku keras la kuih ni!

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Apam Kampung Gula Merah Bersarang. Memang laku keras la kuih ni! Apam kampung bersarang  ni bila dah siap memang gebu gebas.

Resepi apam kampung gebu gebas ini telah dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/2 cawan gula pasir.
  • 2 keping nise @ gula Melaka.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 2 helai daun pandan disimpul.
  • 2 cawan air.

Semua bahan di atas di masak sehingga gula hancur. Kemudian sejukkan.

  • 3 cawan tepung gandum.
  • 1 peket yis mauripan.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Pencicah Thai Sedap dan Pedas

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaulkan sebati 3 cawan tepung gandum dan 1 peket yis mauripan. Kemudian masukkan air gula yang disejukkan tadi dan kacau sehingga sebati kemudian perap selama 1 jam.
  2. Panaskan pengukus. Sapukan loyang dengan sedikit minyak. Sebelum masukkan adunan ke dalam loyang kacau terlebih dahulu adunan untuk membuang angin.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukuskan selama 1/2 jam.
  4. Bila dah siap taburkan kelapa putih yang telah digaul bersama dengan sedikit garam. Kukus kelapa sekejap untuk mengelakkan kelapa kita tadi cepat masam.
  5. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Resepi Apam Susu

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.