Cara untuk membuat Aiskrim Malaysia perasa Oreo yang lembut, gebu dan enak! Anak-anak pasti berebut.

Sedapnya dapat makan aiskrim Malaysia masa kecik dulu. Tapi seingat Shida masa dulu aiskrim Malaysia tu keras je bila gigit. Untung anak sekarang sebab resepi aiskrim Malaysia pun dah diinovasikan. Chewah. Memandangkan terdapat sekolah di Malaysia yang diarahkan tutup buat masa ni.

Jadi sesuai sangat la Shida buat resepi ni. Alang-alang bahan pun mudah dan ada di rumah. Kita buat la Aiskrim Malaysia yang halus, lembut dan gebu apabila digigit atau dimamah. Pendek kata, jamin anak pasti puas hati. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Shida Ambok.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin susu sejat dan 1 tin susu pekat.
  • 5 tin air.
  • 1 penutup esen vanilla.
  • 3 sudu tepung jagung.
  • 5 sudu besar gula.
  • 5 sudu besar krimmer.
  • Biskut oreo secukupnya.
  • Plastik aiskrim secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali biskut oreo. Setelah itu hidupkan api dapur. Kacau jangan tinggal bahan tadi dan masak sehingga mendidih.
  2. Setelah mendidih tutupkan api. Tapis terlebih dahulu sebatian tadi semasa mengalihkan bahan dari periuk ke dalam jug agar tiada benda yang bertongkol serta memudahkan proses penuangan ke plastik .
  3. Biarkan sebatian sejuk sedikit. Bukan apa kalau tuang panas susah tangan nak ikat hujung plastik tu nanti.
  4. Sementara itu, tumbuk atau pecahkan biskut oreo. Tak perlu terlalu hancur. Masukkan biskut oreo tadi ke dalam plastik aiskrim.
  5. Tuangkan sebatian ke dalam plastik aiskrim yang berisi biskut oreo. Lebih mudah jika menggunakan calung. Kemudian simpulkan hujungnya.
  6. Simpan dalam peti sejuk sehingga keras dan sedia untuk dinikmati.
Baca juga :  Cara untuk membuat Aiskrim Durian yang enak dan mudah disediakan. Terpaling sedap beb!

Seandainya korang suka perasa lain. Boleh juga dipelbagaikan kepada apa juga perasa yang digemari. Yang pasti makan aiskrim Malaysia ni memang puas hati. Anak-anak pasti gemari. Menarik dan bermanfaat silakan tekan butang like, komen dan share.

2 thoughts on “Cara untuk membuat Aiskrim Malaysia perasa Oreo yang lembut, gebu dan enak! Anak-anak pasti berebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.