Cara untuk membuat Aiskrim Durian yang enak dan mudah disediakan. Terpaling sedap beb!

Siapa yang ada kebun durian atau boleh beli durian yang murah-murah tu boleh la cuba buat aiskrim durian ni. Memang sedap sangat. Lagi sedap dari aiskrim durian musang king RM26 sebekas tu. Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Hasnah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin susu cair.
  • 1/2 tin susu pekat.
  • 2 sudu besar ovelet.
  • 3-5 ulas durian.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan  kesemua bahan dan gaul bersama selama lebih kurang 20 hingga 30 minit atau hingga adunan menjadi gebu.
  2. Letakkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk beku selama 1 malam. Kalau nak warna menarik, boleh letak sikit pewarna kuning.
Baca juga :  Resepi Kuih Siput Lemak Manis dan Kuih Siput Rangup. Kudapan lejen ni akan buat anda tak berhenti menguyah!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.