Cara untuk membuat Rendang Daging Nogori yang terbaik dan tersedap sepanjang zaman.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shida Ambok. Shida ni orang Johor tapi bila raya haritu dapat merasa rendang daging yang kering dan rasanya paduu dari nogori sombilan perghhh terbayang-bayang. Haaa apa lagi kena la buat sendiri guna resepi asal. Jom tengok camner rupanya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg daging.
  • 500 g santan.
  • 4 batang serai.
  • Segenggam cili api kampung.
  • 1.5 inci lengkuas.
  • 2 inci kunyit.
  • 1 paket kerisik.
  • 2 keping asam keping.
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus daging yang telah dipotong dadu sebesar ibu jari sampai airnya kering. Air tu biarlah menutupi paras daging tu ya.
  2. Blend cili api, kunyit, serai dan lengkuas. Kemudian cebur pada daging tadi.
  3. Setelah sedikit kering barulah masukkan santan. Shida guna santan kara sebab takda santan asli. Sepatutnya kena guna santan asli tau.
  4. Kacau kacau sehingga daging dan santan kering baru masukkan kerisik.
  5. Proses pengeringan ini amik masa juga ya. Jangan lupa tambah garam dan secukup rasa. Sebolehnya bila masuk kerisik kacau lagi sehingga ia betul betul kering.
  6. Bila nampak semua dah kering siap untuk dihidang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pes Tomyam yang sedap dengan mudah. Confirm licin punya!

Memang terangkat la rasa dia. Suami dan anak-anak pon tak boleh tahan, dah siap makan pon repeat untuk meratah. Shida nasihatkan jika nak buat, buat la lebih sebab memang sedap gila. Korang boleh la cuba. Takkan menyesal sebab sedap sangat. Kalau menyesal pun sebab buat sikit. Tak cukup!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.