Cara-cara untuk membuat Pulut Panggang inti sambal ikan. Menu minum petang paling enak untuk anda sekeluarga!

Pulut panggang atau pulut lepo inti ikan menu minum petang saya sekeluarga hari ni. Siapa-siapa yang teringin nak maakn pulut panggang, disini saya sertakan resepi oleh Amiera Arissa. Selamat mencuba.

Bahan-bahan INTI SAMBAL IKAN yang diperlukan untuk 20 biji:

  • 4 ekor ikan selayang @ sardin. Direbus dengan asam keping & garam.
  • 8 biji cili kering dibuang biji*.
  • 5 ulas bawang merah*.
  • 1 ulas bawang putih*.
  • 1/2 inci halia*.
  • 5 sudu besar gula pasir.
  • 1 + 1/2 sudu kecil garam halus.
  • 4 sudu besar santan pekat KARA.
  • Sedikit minyak utk menumis.

Cara-cara untuk membuat INTI SAMBAL IKAN:

  1. Kisarkan semua bahan yang bertanda * sehingga halus. Tumbuk isi ikan rebus, ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak, masukkan santan pekat. Bila bahan tumisan dah nampk nak kering airnya baru masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi.
  3. Kemudian, perasakan dengan gula & garam sehingga anda puas hati. Masak atas api yang perlahan dan sentiasa kacau sampai sambal kering & berderai. Bila dah siap, sejukkan serta ketepikan.
  4. Inti sambal ikan ni boleh buat untuk sukatan 4 cawan pulut. Sambal wajib rasa manis sikit baru sedap.
Baca juga :  Resepi Pulut Ayam terbaik untuk dicuba

Bahan-bahan untuk buat pulut:

  • 2 cawan beras pulut dibasuh & rendam 2 jam.
  • 1/2 cawan santan pekat KARA. Kalau guna santan fresh tak perlu letak minyak.
  • 2 sudu besar minyak masak.
  • 4 hingga 5 sudu besar gula pasir.
  • 1 + 1/2 sudu kecil garam halus.
  • Daun pisang secukupnya. Dilayur sekejap dan lap bersih.

Cara-cara untuk membuat Pulut:

  1. Kukuskan pulut selama 30 minit.
  2. Satukan santan pekat,minyak,gula & garam.
  3. Kacau smpai gula & garam hancur, kemudian kukus lagi 20 minit. Siap!

Cara-cara untuk membuat Pulut Panggang:

  1. Sudukan 1 sudu besar pulut di atas daun pisang.
  2. Tekan guna daun pisang bagi rata. Letak 2 sudu kecil inti.
  3. Kemudian gulung kemas, cucuk lidi. Kalau tak ada lidi, stapler je. Lumur sedikit minyak di daun pisang sebelum panggang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Homemade Sushi dengan Mudah

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.