Cara untuk membuat Kopi Latte Kampung yang mengasyikkan. Boleh bikin ketagih tau sebab terlalu sedap!

Mengopi jom. Kopi latte ala kampung ketagih. Air kopi ni jadi ketagihan seisi keluarga saya. Jom la cuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Madihah Hamid. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kopi ketagih:

  • 2 sudu besar Serbuk kopi apa-apa jenama kopi kampung.
  • 600 ml Susu kotak atau susu segar apa-apa jenama. Paling sedap meadow, farm fresh, ducthlady.
  • 3 sudu besar Gula melaka.
  • Air 400 ml.

Cara – caranya:

  1. Masakan kopi sehingga berbuih dan gelegak. Biarkan dalam seminit dalam keadaan gelegak baru tutup api.
  2. Tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi. Masukkan gula kemudian panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk.
  3. Tutup api dan tuangkan air kopi dan susu dalam jug. Tuangkan secawan untuk di minum, selebihnya simpan dalam peti. Lagi lama dalam peti lagi sedap. Saya panggil Kopi peram. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.
Baca juga :  Dahaga tak? Jom pekena Teh Tarik Vanilla / Teh Ais Vanilla yang kaw-kaw sedapnya!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.