Resepi mudah untuk membuat Agar-agar milo Lemak Manis yang memukau selera anda.

Hari hari masuk dapur masak sampai tak tau dah nak buat apa.  Jadi apa kata korang buat je agar agar mudah sangat ni. Jom tengok bahan-bahannya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shida Ambok. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 Peket agar-agar tali.
  • 1.4 liter air.
  • 1 tin susu cair.
  • 1 ½ cawan milo.
  • ¼ cawan serbuk koko.
  • 3 sudu susu tepung.
  • 2 sudu gula pasir.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masak agar-agar tali sehingga larut.
  2. Campur ke semua bahan lain.
  3. Kacau sebati biar mendidih.
  4. Tutup api. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
  5. Sedia untuk dimakan. Lagi sejuk lagi sedap.
Baca juga :  Resepi Dadih Susu yang sangat mudah untuk dibuat. Pastinya berbaloi

Bila siap cantik anak kecil ingat agar-agar tu kek. Apa lagi nyanyi lagu happy birthday laa tak memasal. Anak sukeee mama bahagia. Korang cuba keyh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.