Resepi dan cara untuk membuat Ikan Siakap Stim Paling mudah dan ringkas.


Jom, kami kongsikan kepada anda cara dan resepi untuk membuat Ikan Siakap Masak Stim yang paling senang di dunia. Alhamdulillah setakat ni tak pernah tak habis. Menggigit hingga ke tulang. Terima kasi kepada Shya Masak.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor Ikan siakap.
  • 4 inci Halia.
  • 5 hingga 7 batang Serai.
  • 10 ulas Bawang putih.
  • 1 biji Bawang merah besar.
  • 1 biji Bawang holland besar.
  • 1 tangkai Cili besar merah.
  • 5 tangkai Cili kecil merah.
  • 5 tangkai Cili kecil hijau.
  • 1 biji Tomato besar.
  • 1 biji Buah lemon diperah dan ambil jus sahaja.
  • 2 kiub ayam Knorr.
  • Pati limau nipis secukup rasa.
  • Sos ikan Thai secukup rasa.
  • Garam, Perasa & Gula secukup rasa.
  • Daun ketumbar secukupnya.

Cara untuk membuatnya:

  1. Perap ikan bersama kiub ayam yg dicampurkan dgn pati limau nipis.
  2. Potong kesemua bahan-bahan yang berkaitan. Dah siap potong semua bahan, sumbatkan je bahan-bahan tu dalam perut ikan macam mengandung. Baki bahan tu boleh tabur je kat atas ikan. Masukkan terus jus lemon dan pati limau nipis bersama sos ikan, sedikit garam, perasa dan gula. Garam jangan terlebih sebab sos ikan dah masin.
  3. Masukkan air dan tutup periuk atau kuali. Biarkan sehingga ikan masak.
  4. Sebelum tutup api, taburkan daun ketumbar yang dah siap hiris. Gaul rata, biar seketika dan waktu ni boleh rasa semula tambah ape yang belum cukup. Siappp!!
  5. Hidangkan bersama2 sayur kailan ikan masin & sambal belacan. Selamat mencuba.
Baca juga :  Dah cuba Ikan Siakap Masak Tomyam ni? Admin memang sarankan anda wajib cuba. Sedap sangat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.