Cara Turunkan Suhu Badan Bila Anak Demam Panas

Bila dapat tahu badan anak kita tak berapa sihat, mulalah hati seorang ibu ni gelisah. Tak senang duduk dibuatnya. Kadang-kala tu, bila waktu tidur malam pun terjaga kejap-kejap sebab nak tengokkan keadaan si kecil.

Bacaan suhu badan berapa, muntah ke tidak, berpeluh ke tidak dan banyak perkara lagilah nak dipantau. Tapi, kalau pantau dan hanya bergantung pada ubat saja, mungkin proses pulih dari demam tu sedikit lambat.

Untuk mempercepatkan proses baik dari demam, kami nak kongsikan dengan anda alternatif lain untuk turunkan suhu badan si manja bila demam panas. Perkongsian ini kami petik dari facebook yang dijelaskan oleh seorang doktor.

Menurutnya, bila demam secara tak langsung wap panas akan naik ke bahagian kepala dan jika tidak dikawal suhu badan si manja, kemungkinan besar boleh mengakibatkan sawan. Jadi, tindakan yang sebaiknya adalah selepas beri ubat mengikut dos yang ditetapkan, sapukan air di bahagian kepala, leher dan ketiak selama lima minit.

Baca juga :  Cara Deep Cleaning Tilam Anda

“Selepas itu, biarkan mereka rehat selama dua jam dan barulah mandikan mereka menggunakan air biasa. Elakkan mandi menggunakan air sejuk atau ais kerana ia akan mempercepatkan lagi proses menaikkan suhu badan walaupun ketika mandi suhu badan turun.

Guna air asam jawa efektif tak turunkan suhu badan?

Seterusnya tak perlu pun nak letak tuala panas atas dahi sebab panas akan terperangkap bawah tuala dan mengakibatkan haba panas tak keluar. Sebaiknya, biarkan kepala anak tidak ditutup dengan apa-apa kain untuk biarkan haba panas keluar dari badan,” jelasnya.

Baca juga :  Koleksi Petua Dapur

Beliau menambah lagi, untuk penggunaan air asam jawa pula sebenarnya tak perlu pun sebab asam jawa mengandungi kandungan asid jadi bila diletakkan di kepala anak, ia akan mengakibatkan kepala anak berasid walaupun badan mereka memang akan sejuk tapi nanti bila air asam jawa tu kering, susah nanti nak basuh.

Kesimpulannya, bila anak demam cukup sekadar lap menggunakan kain basah dengan kerap dan tidak terus mandikan mereka untuk mengelakkan serangan sawan. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.