Jom kita buat Ikan Bakar guna perencah buatan sendiri ini. Pasti puas hati!

Jom kite buat sendiri perencah ikan bakar padu dan sedap. Memang terbaik la resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira ni. Buat banyak-banyak kemudian simpan dalam chiller boleh tahan 2 minggu atau lebih. Jadi bila nak guna cuma ambil dan salutkan pada ikan dan bakar. Perghh mudahnya dan yang paling penting ianya pasti sedap!

Bahan-bahan Kisar:

  • 6 biji bawa besar dan 3 ulas bawang putih.
  • 6 keping hirisan lengkuas dan 2 inci halia.
  • 2 inci kunyit dan 2 batang serai dihiris.
  • 6 tangkai daun kesum ambil daunya sahaja.
  • 2 inci belacan.
  • Pes asam jawa secukup rasa.
  • Garam dan gula secukupnya.
  • Ikan kesukaan anda. Boleh guna cencaru, kembong, pari, sotong, siakap atau apa sahaja ikan yang anda nak.
  • Daun pisang dan minyak secukupnya.
  • 6 sudu besar penuh cili kisar atau secukupnya. Ini boleh agak-agak sendiri.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak. Pastikan minyak lebih banyak dari bahan tumis baru perencah tahan lama dan bahan tumis masak dengan sempurna.
  2. Tumiskan bahan kisar dan cili kisar dengan api kecil sahaja sehingga pecah minyak. Sesekali kacau untuk elakkan bahan tumis kita hangus.
  3. Apabila dah pecah minyak baru kita masukkan bahan perasa dan kacaukan sehingga semua sebati. Dah siap perencah kita. Boleh la tutup api. Bila dah sejuk boleh la simpan tempat sejuk.
  4. Jadi untuk bakar ikan. Sediakan daun pisang, kita tuangkan sedikit minyak, perencah yang dah siap tadi kemudian kita ratakanya. Letakkan ikan ditengah-tengah dan tuang lagi perencah atas ikan dan ratakan.
  5. Tutup dengan daun pisang atau gulung ikan dengan daun pisang dan bakar dengan api sederhana sehingga masak. Siap dah ikan bakar kita.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Bom berinti Sambal Ikan.

Selamat menjamu selera semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.