Resepi Kek Burnt Cheese Air Fryer Mudah dan Cepat

Kali ini kami ingin kongsikan bersama anda cara-cara untuk menyediakan Kek Burnt Cheese menggunakan Air Fryer. Selamat Mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Cream Cheese 250 gram.
  • Whipping Cream 125 ml.
  • 3 biji telur,
  • 1/2 cawan gula pasir halus.
  • Tepung gandum 2 sudu besar.
  • Esen vanila 1 sudu kecil.
  • Perahan lemon 1 sudu besar (optional).

Cara-cara menyediakannya adalah seperti berikut:

  1. Kisarkan semua bahan-bahan tadi satu per satu untuk mendapatkan tekstur kek yang menarik dan gebu.
  2. Boleh gunakan Mixer, tapi sebab saya malas nak basuh part-part mixer tu jadi guna blender pun boleh. Pastikan blender yang digunakan itu bersih suci dari segala bau.
  3. Bila dan blend semua bahan-bahan tadi bolehlah dituang ke dalam acuan yan korang nak guna. Saya gunakan loyang bersaiz 6 inci sebab Air Fryer saya bersaiz biasa.
  4. Sebelum tu panaskan dahulu Air Fryer dan sapukan seluruh dalam dan keliling loyang tu dengan sedikit mentega untuk mengelakkan kek melekat sebab resepi ni memang tak pakai baking paper.
  5. Masukkan adunan yang telah diletakkan kedalam loyang tadi ke dalam Air Fryer dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 hingga 30 minit.
  6. Setelah siap sejukkan kek tadi pada suhu bilik selama lebih kurang 30 minit dan letakkan dalam peti sejuk untuk dapatkan tekstur yang lagi baik.
  7. Siap dan makan.
Baca juga :  Resepi Kuih Bakar Pandan untuk minum petang anda

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Eikha Zakaria melalui Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.