Resepi Kek Keju 4 Bahan

Resepi untuk membuat Kek Keju 4 bahan ni mudah sahaja dan jangan perkecilkan rasanya ya. Sedap tau. Tak percaya anda boleh cuba sendiri resepi ini. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan ada 4 sahaja iaitu;

  • 250 gram cream cheese.
  • 250 gram susu pekat.
  • 5 biji telur ayam.
  • 1/2 cawan Tepung gandum yang telah diayak.

Cara membuatnya adalah seperti berikut:

  1. Asingkan putih telur dan kuning. Kemudian mixerkan putih telur sampai kental. Soft peak bertanduk bila terbalikkan bekas meringue tak jatuh.
  2. Di dalam bekas yang lain, pukul creamcheese bersama susu pekat smpai kembang. Masukkan telur kuning satu persatu dan pukul sehingga sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung dan kaup balik sehingga sebati. Kemudian satukan putih telur tadi dan bancuhan creamcheese. Kaup balik je menggunakan spatula.
  4. Lapikkan baking paper dalam tray. Masukkan adunan dan bakar selama 30 minit menggunakan api atas dan bawah suhu pada 180 darjah. Yang penting mesti ikut langkah-langkah diatas ya. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara mudah untuk membuat Basque Burn Cheesecake dengan hanya mengguna Air Fryer sahaja!

Terima kasih Puan Shai Anne Ahemed untuk resepi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.