Resepi untuk membuat Udang Galah Masak Kam Heong. Pastinya tak cukup seekor!

Memang merecik la udang Kam Heong ni tau. Anak-anak suka sangat makan siap bertambah tambah nasi lagi.
Ok, jom kita masak. Resepi sedap ini adalah kepunyaan Puan Iza Abu Bakar. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Udang galah mengikut kesukaan anda nak guna berapa ekor. Gaul rata dengan serbuk kunyit, garam dan gula.
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu.
  • 4 ulas bawang putih dipotong dadu.
  • 2 – 3 tangkai daun kari.
  • 10 biji cili padi. Kalau nak lebih pedas letak ikut selera anda.

Bahan-bahan untuk sos:

  • 2 sudu besar serbuk kari ikan atau ayam.
  • 4 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar kicap manis.
  • Sedikit air.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Bilis Garing yang sesuai dimakan bersama dengan apa sahaja. Sedap sangat!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula goreng udang galah sehingga bertukar warna jangan korang goreng garing pulak ye. Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan sedikit minyak goreng udang galah tadi korang tumiskan bawang putih, bawang besar dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan sos dan sedikit air dan kacau rata.
  4. Masukkan pula udang galah yang digoreng tadi dan kacau rata. Masak sekejap kemudian baru ditutup api. Dah siap.

Selamat mencuba ye semua. Korang yang nak S H A R E, dipersilakan.

Baca juga :  Resepi untuk membuat Donut Kampung yang terlajak gebu bersama tips membuatnya yang sangat berguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.