Cara untuk membuat Kepak Ayam Goreng Serai Thai. Setiap gigitan pasti puas hati!

Siapa Yang dah pernah Cuba,mesti tahu kesedapan ayam ni. Jom kita cuba Kepak Ayam Goreng Serai Thai. Setiap gigitan pasti puas hati! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • ½ kilo kepak ayam dicuci bersih.
  • 2 batang serai. Di potong 2 cm dan ditumbuk hancur mengunakan lesung batu.
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar sos ikan.
  • 1 sudu kecil gula dan ½ sudu kecil garam.
  • ½ sudu kecil serbuk cili dan ½ sudu kecil serbuk kunyit.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 5 helai daun limau purut dihiris.
Baca juga :  Resepi mudah untuk membuat Apam Tembilai. Meriah dan kesukaan anak anda!

Bahan-bahan yang perlu ditumbuk atau dikisar halus tanpa air:

  • 2 pokok akar ketumbar.
  • 2 sudu besar lada hitam.
  • 5 ulas bawang putih.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sediakan mangkuk atau bekas kemudian masukkan ayam dan kesemua bahan kecuali daun limau purut. Gaulkan sehingga sebati dan perapkan lebih kurang 30 minit.
  2. Panaskan minyak sebanyak agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti.
  3. Goreng kepak ayam tadi selama lebih kurang 5 hingga 7 minit kemudian angkat dan rehatkan selama 3 minit.
  4. Kemudian gorengkan semula ayam tadi 1 hingga 2 minit dengan minyak yang panas.
  5. Apabila ayam Sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Ratakan ayam bersama daun limau purut.
  6. Siap untuk dihidang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Black Pepper yang membuka selera anda.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.