Cara-cara untuk membuat Kuih Bahulu Gebu. Rangup diluar tapi super lembut didalam!

Kuih bahulu ni guna 3 bahan je. Tapi nak buat tu kalau silap cara dia tak jadi juga. Saya share resepi kot ada yang nak try buat time pkp ni bosan dok umah tak boleh p mana kan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Azlin Fazlina. Terima kasih dan selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 biji telur ayam.
  • 1 cawan gula.
  • Tepung gandum ayak secukupnya. Tak ada sukatan sebab dia ikut bancuhan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Acuan kena panaskan dahulu bagi betul-betul panas. Kemudian, pukul telur bersama gula sampai kembang.
  2. Dah kembang elok boleh bancuh dengan tepung yang dah diayak. Bancuh jangan pekat dan jangan cair. Agak-agak ya. Sekali nak bakar guna sekali bancuh ye.
  3. Sapu acuan dengan minyak dan masukkan bancuhan tadi. Bakar pada suhu 200° dalam 10 minit mengikut pada oven masing-masing.
  4. Masa bancuh tepung dengan telur tu jangan pekat sangat nanti kuih jadi keras. Adunan telur dengan gula selalu kena pukul. Sekali nak bncuh sekali pukul. Telur tu kalau basuh lap sampai kering tau jangan ada air kat telur.
  5. Acuan mesti kena bagi betul-betul panas. Kalau tak panas nanti adunan melekat. Sukatan telur dengan gula kena sama banyak. Gula tak boleh lebih dan tak boleh kurang. Saya sukat guna cawan je senang.
Baca juga :  Resepi Kuih Cucur Jawa atau Penyaram. Rasa sekali pasti nak banyak lagi.

Ini kuih bahulu cara saya. Alhamdulillah, rangup kat luar dan lembut kat dalam. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.