Tak perlu nak pergi jauh-jauh kalau nak makan THAI SALAD ni. Kat rumah pun kita dan boleh buat. Boleh letak macam-macam bahan dan boleh dapat banyak. Puas makan tau. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Terima kasih dan selamat mencuba.
Bahan-bahan untuk SOS:
- 5 ulas bawang putih.
- 5-7 biji cili padi merah.
- 2 cawan air.
- 1 cawan kacang tanah – digoreng.
- 1 cawan santan/ susu full cream.
- 5 biji telur rebus – ambil kuning.
- 1 sudu besar cuka.
- Garam dan gula.
Cara-cara untuk membuat SOS:
- Kisar bahan-bahan sos hingga lumat.
- Masak dengan api perlahan. Sekiranya sos pekat tambah sedikit air. Sos mesti ada rasa masam-masam manis pedas.
Bahan-bahan SALAD:
- 1 pokok daun salad.
- 1/2 biji kobis ungu.
- Tomato cherry.
- 1 biji timun.
- 4 biji telur rebus – dibelah dua.
- 5-6 biji fishball goreng.
- 3 batang sosej potong serong.
- 1 keping dada ayam – gaul dgn tepung bestari.
Cara-cara membuatnya:
- Gaul dada ayam dengan tepung bestari goreng hingga kekuningan.
- Celur sosej dan goreng fishball.
- Hiris kesemua bahan-bahan salad dan susun dalam mangkuk. Tuangkan sosnya. Gaul rata-rata.
Siap untuk dihidangkan. Memang sedap makan meratah bersama keluarga. Selamat mencuba.