Tengok gambar pun dah teliur kan? Ini cara untuk membuat pencolek Mangga / mempelam yang paling padu dan sedap!

Cara untuk membuat Colek Mangga Telur yang paling padu dan sedap! Tengok gambar pun dah teliur ni. Cerita malam tadi. Try resepi viral dan ubah bahan sket. Nasib baik bangun pagi ni perut tak meragam. Memang padu mangga telor ni makan macam ni. Jom la cuba cara yang telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah: Sukatan ikut selera ya.

  • Mangga telur.
  • Udang bari atau boleh tukar udang kering.
  • Nisan atau gula melaka diracik halus or tumbuk @ boleh tukar gula perang @ gula putih.
  • Belacan dibakar dulu.
  • Cili api dan cili flakes.
  • Sos ikan.
  • Bawang merah
  • Kacang tanah digoreng tanpa minyak atau dibakar lepas tu tumbuk kasar.
Baca juga :  Sedapnya la Ikan Siakap Masak Stim Masam-masam manis ala Restoran Siam ni. Jom Cuba!

Cara-cara untuk menyediakannya:

  1. Potong mangga telur tadi dan buang bijinya kemudian rendam dalam air sejuk untuk lebih rangup.
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan diatas didalam bekas yang besar kemudan gaulkan sebati.
  3. Dah siap. Pasti hari anda lebih ceria sambil tengok tv sambil makan colek mangga telur.

Selamat mencuba.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.