Cara lengkap untuk membuat Laksa Beras. Rasa sekali pasti bertambah-tambah lagi.

Laksa beras homemade. Insya Allah bersih Tak putus dan warna pun putih serta sangat menjimatkan wang memandangkan sekarang semua barang dah naik harganya.

Jom buat sendiri. 2 cawan tepung beras boleh dapat 1 kg laksa. Resepi ini pernah dikongsikan oleh Page Resepi Orang Kampung dan beberapa gambar oleh Roslina Shaari Ina Kie.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung beras.
  • 2 sudu besar tepung gandum.
  • 2 sudu besar tepung ubi.
  • Garam.
  • 1 1/2 cawan air panas mendidih.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sediakan periuk yang berisi air tuk merebus laksa sehingga mendidih.
  2. Sediakan bekas/mangkuk besar. Isikan tepung-tepung dan garam dalam bekas. Curahkan air panas mendidih sedikit demi sedikit dengan guna senduk. Amaran jangan guna tangan ye nanti melompat-lompat kepanasan dah suam-suam sikit baru uli dengan tangan. Uli sehingga semuanya sebati.
  3. Masukkan dalam acuan maruku dan tekan dalam periuk air mendidih tadi. Masa ni jangan kacau ye laksa dalam periuk tu kang putus plak.
  4. Biarkan sebentar baru kacau perlahan-lahan dalam 3 hingga 4 minit baru angkat. Segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit atau alirkan air pada laksa untuk buang kanjinya. Kemudian toskan.
  5. Siap untuk dihidangkan dengan kuah laska. Nak buah kuah laksa sedap boleh tengok Cara untuk membuat Kuah Asam Laksa tersedap untuk anda rasa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bebola Fishcake yang mudah disediakan. Buat sup memang terbaik sangat!

Selamat mencuba dan selamat melaksa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.