Cara-cara untuk membuat Roti Canai. Gebu, lembut dan pasti anda puas hati!

Kami nak kongsika kepada anda cara-cara untuk membuat Roti Canai. Gebu, lembut dan pasti anda puas hati! Sejak PKP ni, anak-anak asyik lapar saja. Jom pakat buat roti canai homemade. Sedap dan lembut kejadiannya Insha Allah. Boleh juga kita frozenkan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Tg Khuzanika. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg tepung gandum.
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 sudu besar garam.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • 1 sudu besar marjerin.
  • 1 biji telur.
  • 2 cawan air.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan bahan susu, gula, garam dan telur ke dalam air. Kacau hingga larut dan sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan marjerin. Uli sehingga menjadi doh kemudian rehatkan doh selamat 10 minit.
  3. Uli lagi doh dan rehat sekejap dan sambung uli lagi sampai doh menjadi licin dan kenyal. Kalau doh lembik boleh tabur tepung dan kalau doh nampak keras renjis air sedikit sampai doh menjadi lembut.
  4. Bulat-bulatkan doh kemudian sapu marjerin dan letak dalam bekas. Setelah siap membulat, tuangkan sedikit minyak ke atas doh tadi dan perapkan selama 4 jam ke atas. Lagi lama lagi lembut.
  5. Bila nak masak, canaikan doh tadi mengikut kemahiaran anda. nak uli ke nak gelek ke terpulang. Dan masak penggunakan pan / kuali leper.
Baca juga :  Anda sedang diet ada plan nak diet? Overnight Oats ini pasti menjadi kegemaran anda kelak!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.