Cara Lengkap untuk membuat Kek Vanilla Snow Cheese

Cheyah ingatkan. Ini adalah style cheyah buat kek vanila yang dibakar. Kalau nak kukus pun boleh takde masalah. Jom korang chekout resepi kek ni.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

BAHAN KEK VANILA:

  • 100g tepung gandum.
  • 60g tepung jagung.
  • 1 sudu kecil baking powder.

Ayakkan sekali ketiga-tiga ini. Memang kena ayak sebab nak tepung tu halus dan cantik.

  • 4 biji telur gred B.
  • 2 biji telur kuning sahaja.
  • 100g gula kastor.
  • 1 sudu besar ovalette.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 70g mentega yang cair.
Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Kerabu Taugeh yang sedap dan menyelerakan

Cara membuatnya:

  1. Pukul semua bahan bagi ia putih gebu. Baru masukkan tepung yang telah diayakkan. Kemudian last sekali masukkan mentega yang telah dicairkan. Pukul hingga semua gebu dan sebati.
  2. Bakar pada suhu 160°c selama 45-60 minit tengok pada jenis oven korang. Cheyah bakar 55 minit je dengan api atas bawah.

BAHAN TOPPING CREAM CHEESE:

  • 250g cream cheese tatura.
  • 60g whipping cream dairy.
  • 120g susu pekat manis.

Cara membuatnya:

  1. Satukan semua sekali dan pukul sehingga cream cheese tak berketul. Biarlah ia cari memang ia macam tu. Cair yang just nice.
  2. Kemudian, boleh sapu pada kek dan parutkan dengan keju cheddar.
Baca juga :  Resepi Kek Labu

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.