Cara-cara untuk membuat Bubur Ayam yang paling sedap. Anda pasti puas hati dengan keenakanya!

Bubur ayam paling sedap. Memang selalu buat untuk anak-anak. Siapa yang anak berat tak naik boleh la cuba pelbagaikan menu untuk anak-anak kan. Mak pun tumpang la sekaki. Resepi ambik dalam group ni jugak dan dikongsikan kembali oleh Puan Suhasnida Ismail. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 pot beras dimasak dulu supaya bubur lagi cepat masak.
  • 1 batang lobak merah dipotong dadu.
  • 2 keping dada ayam direbus dan carik. Air rebusan ayam boleh guna untuk masak nasi.
  • Kiub pati ayam tanpa MSG.
  • Bawang putih dicincang halus.
  • Lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.
  • 1 inci halia diketuk.

Cara-cara memasaknya:

  1. Mula-mula rebus beras atau nasi dgn halia & kiub ayam smpai jadi bubur. Kalau air kering tambah la yer. Saya rebus ayam dulu, sebab nak ambik air rebusan ayam untuk masak nasi.
  2. Kemudian, masukkan carrot & isi ayam. Isi ayam ni kalau suka boleh simpan sikit untuk tabur atas bubur masa nak makan nanti.
  3. Masukkan lada sulah, lada hitam (nak guna lada hitam tumbuk pun boleh) dan garam secukup rasa.
  4. Panaskan minyak, goreng bawang putih cincang untuk buat minyak bawang putih. Goreng sampai garing sikit jer. Jangan hangit ya. Pastu tuang minyak bawang putih dalam periuk bubur. Kacau sebati dan dah siap untuk dinikmati.
  5. Masa nak makan, boleh letak bawang goreng, daun bawang, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam dan renjis minyak bijan (ni kena ada kalau nak sedap).
Baca juga :  Resepi Bubur Pulut Hitam Kurang Manis yang sedap

Selamat mencuba. Kredit resepi ini kepada Ana Mariana Ismail dan dicuba oleh saya. Share kalau bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.