Resepi untun membuat Agar-agar Santan Gula Melaka. Cair dimulut sejuk ditekak.

Bila musim panas ni terasa nak makan makanan sejuk yang lembut jer bila lalu kat tekak. Apa lagi saya pun menggeledah stor untuk cari agar-agar tali yang masih berbaki. Jumpa 59 gram lagi agar-agar.

Terus la saya keluarkan periuk, basuh agar-agar dan tenggekkan atas dapur. Buat lebih biar puas makan ulang-ulang. Terima kasih kepada Puan Zulfaza Loves Cooking ZLC. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 10 gm agar-agar serbuk atau tali (saya guna agar tali jadi kurangkan sedikit jumlah cecair dalam lebih kurang 1 cawan).
  • 1 liter air (4 cawan).
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm).
  • 1/4 cawan gula perang (boleh adjust ikut citarasa).
  • 5 ketul gula batu (saya guna gula batu yg bersiaz kecil – kalau gula batu yg besar 1 pun dah cukup).
  • 250 ml (1 cawan) santan pekat.
  • 1 biji telur ayam – masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu.
  • Sedikit garam utk menaikkan lemak santan.
  • 2 helai daun pandan – dibasuh dan disimpulkan.
Baca juga :  Cara membuat Cheese Tart Durian Ala-ala Hokkaido

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masak gula melaka yang diracik halus, gula perang bersama 1 cawan air. Masukkan daun pandan yang di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan. (Guna air yang dari 4 cawan tu ya).
  2. Dalam periuk bersih, masak baki air bersama dengan agar2 hingga agar2 larut. Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.
  3. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. Kacau dan tunggu hingga menggelegak.
  4. Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Apabila adunan kelihatan berbintil-bintil, tutup api.
  5. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.
Baca juga :  Cara untuk membuat Jeruk Mangga Asam Boi Krup Krap yang sangat rangup dan sedap.

Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.