Ada penggemar kuih ni tak? Jom kita buat Kuih Lompang Gula Melaka!

Ada penggemar kuih ni tak? Jom kita buat Kuih Lompang Gula Melaka! Resepi ini telah dikongsikan oleh Shah Shatry. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung beras.
  • 1 cawan gula merah.
  • ½ cawan gula pasir.
  • 4 cawan air.
  • 1 sudu teh air kapur makan.
  • 1 helai daun pandan.
  • Kelapa parut secukupnya.
  • Secubit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan air, gula merah, gula pasir & daun pandan di dalam periuk. Masak bahan-bahan tadi sehingga larut. Bila dah mendidih dan gula melarut boleh padamkan api kemudian sejukkan.
  2. Di dalam bekas yang lain, masukkan tepung beras, kapur makan & air gula yang di masak tadi. Kacau sampai sebati & tapiskan.
  3. Panaskan pengukus. Pastikan acuan lompang kita telah di sapu minyak terlebih dahulu kemudian panaskan sekejap di dalam pengukus.
  4. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang dah di sapu minyak. Tips utuuk dapatkan lesung pipit, tuang adunan biar sampai penuh acuan.
  5. Kukuskan selama 15 minit. Bila dah cukup 15 minit, buka tudung pengukus perlahan-lahan supaya air tak jatuh atas kuih. Seeloknya tudung pengukus tu kita balut dengan kain.
  6. Biarkan dahulu kuih di dalam pengukus selama 5 minit dalam keadaan tudung terbuka supaya wap pengukus tu boleh mengeringkan air yang ada di atas permukaan kuih. Jika ada air dalam lubang kuih tu, keluarkan kemudian tuang air tu.
  7. Bila kuih dah sejuk, keluarkan kuih dari acuan. Boleh la di hidangkan dengan kelapa parut yang dah di gaul dengan secubit garam
Baca juga :  Cara buat Kuih Lapis Acuan Bunga Sakura yang comel dan pastinya memikat selera kita semua!

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.