“Paprik Ayam” yang kita masak live* tadi. Silakan Resipinya. Saya tak letak sos tiram dan sos nampla sebab anak allergic. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Mariana Zainal. Terima kasih dan selamt mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Sedikit ayam. Saya ambil bahagian isi dan potong kecil.
- 2 batang lobak merah danĀ 5 ketul putik jagung.
- 3 – 4 batang kacang panjang dipotong dan 10 biji cili padi.
- 4 sudu besar sos cili dan 2 sudu besar sos labu(jika tiada jangan letak).
- 4 batang serai(diketuk).
- 5-6 helai daun limau purut dicarik-carik.
- Sedikit kicap manis.
- 1 sudu besar gula dan 1 sudu teh garam.
- Sedikit bahan perasa.
- 2 1/2 senduk minyak masak untuk menumis.
- 1/2 cawan air untuk kuahnya.
Bahan-bahan kisar:
- 10 tangkai cili kering dan 1 biji bawang besar.
- 5 ulas bawang putih dan Sebesar ibu jari halia.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Panaskan minyak dan masukkan serai. Goreng sehingga perang kemudian masukkan bahan kisar, gula, garam dan perasa.
- Tumis sehingga betul-betul naik minyak dan berubah warna. Kemudian, masukkan sos cili, sos labu(jika ada) dan kicap. Kacau lagi hingga semua kuah sebati. Seimbangkan rasanya ya.
- Kemudian, masukkan ayam dan daun limau purut. kacau sebati seterusnya masukkan sayuran dan cili padi.
- Akhir sekali masukkan air dan biar mendidih dan sesuaikan rasa lagi. Bila dah puas hari baru tutup api. Boleh dihidangkan dah lepas tu.
Silakan Share dan selamat mencuba semua.