Cara untuk membuat Kueyteow Goreng versi pasar malam yang mudah dan senang untuk disediakan. Padu beb!

Ketiaw goreng versi pasar malam. Sarapan kita pagi ini. Cara dan bahan-bahan ada dibawah. Selamat mencuba. Insha Allah mudah dan cepat untuk disediakan dalam 10 minit je. Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ameera.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Separuh bawang besar dicincang.
  • 2 Ulas bawang putih dicincang.
  • 2 sudu makan cili kering kisar.
  • 2 biji telur ayam.
  • Udang atau ayam secukupnya.
  • Fishball atau fishcake mengikut kesukaan anda.
  • 1 bungkus kueyteow.
  • 5 sudu makan kicap manis cap kipas udang.
  • 2 sudu makan sos tiram.
  • 1 sudu kecil kicap pekat.
  • Taugeh dah daun kucai secukupnya.
  • Cili padi jika suka.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bawang besar separuh dicincang dan tumiskan la bersama Bawang putih 2 ulas yang juga dicincang juga. Kemudian, tumiskan Cili kering kisar 2 sudu makan. Sukatan ni anak anak boleh makan sama.
  2. Selepas tu, masukkan 2 biji telur ayam. Sukatan telur ini untuk 1 bungkus ketiaw. Gaul rata.
  3. Masukkan udang. Ikut korang la nak letak sotong ke daging ke. Masukkan ayam. Bagi yang suka nak masukkan fishcake ke fishball ke pun boleh juga.
  4. Masukkan kicap kipas udang manis. Angaran dalam 5 sudu makan. Kemudian, Sos tiram 2 sudu makan. Kacau rata tau. Masukkan pula Kicap pekat 1 sudu kecil. Jangan banyak.
  5. Ketiaw ni kita basuh bersih dulu ye, bagi minyak minyak dia berlalu pergi dan gaul lah hingga sebati.
  6. Masukkan kucai. Ha gaul lagi. Nak pedas letak cili padi ye.  Akhir sekali masukkan taugeh! Kegemaran ni. Jangan lama sangat masak, nanti hilang rangup dia.
  7. Siap dah weh. Ajom la kita makan.
Baca juga :  Cara membuat Resepi Jantung Pisang Goreng. Menu pelengkap jaudah dan pembuka selera anda. Boleh buat menu berbuka nanti!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.