Buat sendiri lagi puas hati. Resepi ambil dalam group ni jugak hari tu. Jom la kita buat Kudapan padu Spicy Salted Egg Cornflakes. Sedar-sedar tinggal bekas je! Resepi ini telah dikongsikan semula oleh Puan Nur Atikah. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 kotak cornflakes 500g.
- 1 paket serbuk salted egg bestari 150g.
- 10 sudu butter. Saya pakai buttercup.
- Daun kari ( 5 – 6 tangkai ) nak lebih pun boleh.
- 5 – 6 biji cili padi merah ( nak pedas lagi boleh lebihkan lagi ).
- 3 -4 sudu gula.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Masukkan butter dalam kuali. Dah cair boleh masukkan cili dgn daun kari. Agak-agak daun kari dah garing baru masukkan salted egg.
- Kacau sampai berbuih kemudian masukkan gula. Kecilkan api takut nanti terhangit.
- Dah siap ! Boleh Matikan api. Masukkan cornflakes dan kacau rata.
- Untuk lebih rangup dan tak lemau letakkan dalam tray dan bakar selama 5 – 10 minit suhu 150 darjah.
Selamat mencuba dan selamat menguyah semua.