Cara untuk membuat Kudapan padu Spicy Salted Egg Cornflakes. Sedar-sedar tinggal bekas je!

Buat sendiri lagi puas hati. Resepi ambil dalam group ni jugak hari tu. Jom la kita buat Kudapan padu Spicy Salted Egg Cornflakes. Sedar-sedar tinggal bekas je! Resepi ini telah dikongsikan semula oleh Puan Nur Atikah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kotak cornflakes 500g.
  • 1 paket serbuk salted egg bestari 150g.
  • 10 sudu butter. Saya pakai buttercup.
  • Daun kari ( 5 – 6 tangkai ) nak lebih pun boleh.
  • 5 – 6 biji cili padi merah ( nak pedas lagi boleh lebihkan lagi ).
  • 3 -4 sudu gula.
Baca juga :  Resepi Salted Egg Cornflakes

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan butter dalam kuali. Dah cair boleh masukkan cili dgn daun kari. Agak-agak daun kari dah garing baru masukkan salted egg.
  2. Kacau sampai berbuih kemudian masukkan gula. Kecilkan api takut nanti terhangit.
  3. Dah siap ! Boleh Matikan api. Masukkan cornflakes dan kacau rata.
  4. Untuk lebih rangup dan tak lemau letakkan dalam tray dan bakar selama 5 – 10 minit suhu 150 darjah.

Selamat mencuba dan selamat menguyah semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.