Ayam goreng ni setiap kali buat memang menjadi rebutan. Kalau hari-hari biasa, sememangnya inilah kegemaran kami sekeluarga. Yang best adalah bahagian kepak. Rasanya betul-betul meresap sampai ketulang. Bau gorengan pula sememangnya membangkitkan aroma yang akan membuatkan orang tak sabar nak makan.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Atikah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 kilo ayam bahagian kepak.
- 1½ sudu besar serbuk cili.
- 1 sudu kecil All Purpose Seasoning.
- 1½sudu kecil serbuk kunyit.
- 1½ sudu besar serbuk Kari ikan.
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam.
- Serbuk perasa 2 sudu kecil.
- 2 tangkai daun kari.
- Garam ½ sudu kecil.
- Bawang putih 3 ulas ditumbuk halus.
- Minyak masak untuk mengoreng ayam.
Cara membuatnya mudah sahaja:
- Perapkan ayam paling kurang 30 minit dengan semua bahan diatas. Perasakan dengan seimbang cukup manis masinya. Biarkan segala bahan tadi serasi dengan ayam seketika. Lagi lama perap lagi sedap.
- Kemudian, gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Pastikan minyak cukup panas untuk goreng ya. Gunakan api yang sederhana supaya ayam dapat masak dengan sekata.
- Bila dah masak dan warna bertukar ke kuning keemasan boleh la diangkat dan dihidangkan.
Anak-anak pun makan selalu menambah sebab ianya tidak pedas walaupun ditambah dengan serbuk cili apabila digoreng. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.