Cara untuk membuat oden steamboat ala Family Mart. Mudah dan senang untuk dicuba.

Siap oden ala Family Mart. Nak makan oden Family Mart tak ada pulak kat manjung ni. Jadinya kakak kena buat sendiri la ye. Makan pulak dengan Mi Udon, sedap kome. Hanya gunakan paste tomyam dan paste asam pedas je dah sedap.

Nak cari paste oden adabi malas beno nak ke manjung. Kakak sertakan cara buatnya yang sangat mudah. Ni cara orang malas macam kakak. Diharap tiada kecaman dari anda semua ye. Kakak is hati tisu. Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Marble Pisang. Gebu dan lembut, cair dalam mulut anda pada suapan pertama!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Senz Ahmad. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Paste tomyam 1 paket.
  • Paste asam pedas 1 paket.
  • Kiub ayam 1 ketul.
  • Lemon ½ biji.
  • Mi Udon (direbus dan ditapis).
  • Garam secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Didihkan 5 cawan air bersama paste tomyam dan paste asam pedas.
  2. Masukkan garam dan kuib ayam.
  3. Setelah mendidih perahkan lemon. Siap!!

Nak makan baru masukkan apa-apa bebola yang anda suka. Biarkan mendidih lagi sekali. Hidangkan bersama Mi Udon. Selamat Mencuba!

Baca juga :  Cara membuat Cendawan Inoki Goreng Bersalut Tepung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.