Resepi dan Cara untuk Membuat Nasi Ayam Geprek

Tengok gambar pun dah nampak sedap kan? hehehe Manakan tidak, hidangan ini menggabungkan ayam goreng rangup dengan cili gesek yang pedas dan penuh rasa lazat. Memang kecur air liur dibuatnya!

Untuk anda yang teringin untuk mencuba, resepi ini begitu mudah untuk dihasilkan di rumah. Resepi ini juga hanya menggunakan bahan-bahan murah seperti cili padi, tomato, bawang merah, bawang putih. Jom cuba.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Perap Ayam:

  • 4 bahagian whole leg ayam.
  • 3 ulas bawang putih cincang.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 2 sudu kecil jus limau.
Baca juga :  Resepi Nasi Goreng Padprik Udang Cara Thai

Untuk Bahan Salut Ayam:

  • Tepung Bestari.
  • 2/3 biji telor.

Untuk Bahan Sambal Geprek:

  • 15-20 biji cilipadi merah.
  • 3 ulas bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 biji tomato.
  • Garam dan gula secukupnya.

Cara untuk membuatnya:

  1. Bersihkan ayam dan perap selama 15 minit.
  2. Didalam bekas lain, masukkan tepung bestari.
  3. Celupkan ayam dalam adunan telor, kemudian dalam adunan tepung dan gorenglah didalam minyak yang banyak sampai masak dan crispy. Angkat dan toskan.
  4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan goreng bahan sambal geprek sehingga beraroma kemudian angkat. Tumbuk kasar tambah garam dan sedikit gula dan curahkan diatas ayam goreng tadi.
  5. Ayam geprek sedia untuk di nikmati bersama ulaman kegemaran nasi putih, sup kosong, tempe dan tauhu goreng.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Cili Hijau bersama Petai Rangup. Hidangan pasti licin!

Resepi ini telah dikongsikan oleh PuanĀ  Nurul Hawa Nadila Sari. Terima kasih.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.