Masakan 2 Dalam 1 ( Lauk Dan Sayur ). Apa yang penting dalam masakan ini adalah AROMA, KEPEDASAN & KESEDAPAN yang membuatkan rasa mahu memakan lagi pada setiap suapan.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 500gram sotong (dicuci bersih).
- 4 batang kacang panjang (dipotong serong).
- 5 batang cili padi merah (dipotong).
- 1 labu bawang merah (dipotong).
- 1 batang serai (dihiris).
- 4 helai daun limau purut.
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam.
- 1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce.
- 2 sudu besar sos ikan.
- ½ sudu kecil serbuk perasa.
- Garam (jika perlu).
- Serbuk kunyit (hujung sudu kecil).
Bahan-bahan kisar:
- 4 batang cili merah.
- 4 batang cili hijau.
- 1 labu bawang merah.
- 3 ulas bawang putih.
- Sedikit air.
Cara untuk memasak:
- Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak.
- Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
- Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.
- Kemudian, masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.
- Akhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api.
Selamat mencuba.