Resepi Kari Ikan Sembilang Padu yang membuatkan anda pasti tak cukup hanya semangkuk. Cubalah!

Kari sembilang memang feveret Kak Za le dulu dulu. Nak nak lagi bila dapat ikan sembilang fresh hasil ngail cik somi kan. Hahaha.
Ok, jom kita mulakan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Iza Abu Bakar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah: (Bahan Untuk menumis)

  • 3 ulas bawang putih (dihiris).
  • 2 ulas bawang merah (dihiris).
  • 3 helai daun kari.
  • 1 sudu kecil halba campuran.
  • Minyak masak secukupnya

Bahan Untuk Dikisar:

  • 1 biji cili merah.
  • 1 biji tomato.
  • 1 labu bawang besar.
  • 1 sudu kecil jintan manis.
  • 1 sudu kecil biji ketumbar.

Kisarkan kesemua bahan ini sampai halus.

Bahan-bahan lain:

  • Ikan sembilang – (dicuci bersih dan ditoskan).
  • 2 paket kecil Serbuk Rempah Kari Ikan (Kak Za suka guna Cap O).
  • Keledek oren secukupnya – (potong bulat).
  • Daun kesum.
  • Bunga kantan.
  • 1 cawan pati Santan.
  • 1 sudu asam jawa (Kak Za guna Adabi).
  • Garam secukup rasa,
  • Air secukupnya.
Baca juga :  Resepi padu Kerabu Bayam Brazil bersama Mempelam. Kecur air liur anda ni nanti!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk. Setelah minyak dah panas tumiskan bahan tumis tadi sampai naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk tadi. Kacau rata. Biarkan seketika.
  3. Lepas tu masukkan serbuk rempah kari ikan. Kacau sebati. Biarkan masak sampai pecah minyak.
  4. Bila dah pecah minyak tu boleh tambahkan sedikit air. Masukkan sekali pes asam jawa dan ubi keledek oren. Biarkan mendidih.
  5. Bila dah mendidih masukkan ikan. Biar seketika kemudian baru masukkan pati santan.
  6. Bila ikan dah hampir masak, masukkan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Bila dah mendidih tu sila la tutup api.
  7. Taraaa, dah siap. Jom hidang dan makan dengan nasi panas panas. Konpem bertambah nasi nanti.

Selamat mencuba ya. Korang yang nak S HA R E, dipersilakan.

Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Butter Super Moist yang gebu, lembut dan paling mantap!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.