Cara terbaik untuk membuat Mee Kari Chinese Style yang sangat padu!

Anak bujang sya ni memang suka Mee Kari. Alhamdulillah rezeki. Saya sertakan sekali resepi dan cara terbaik untuk membuat Mee Kari Chinese Style yang sangat padu!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Julieta. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 bungkus mee – celur.
  • 2 biji bwg besar – kisar.
  • 3 ulas bwg putih – kisar.
  • 2 biji bawang merah – kisar.
  • 2 batang serai – diketuk.
  • 2 bungkus kecil serbuk kari daging saya guna rempah cap O sedap.
  • 1 mangkuk kecil cili kisar.
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil).
  • 1 mangkuk besar santan fresh.
  • Tauhu kering dan Fish cake / Fish Ball secukupnya.

Bahan-bahan untuk Hiasan:

  • Telur rebus.
  • Taugeh – celur.
  • Sawi – celur.
  • Sambal.
  • Limau Nipis.
  • Kacang Panjang celur.

Cara-cara untuk membuat Sambal:

  • Segengam cili kering kemudian Rebus sekejap, bila dah masak @ kembang, blend bersama 1 biji bawang besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan secubit gula.
Baca juga :  Resepi Donut Viral tanpa Telur dan Marjerin. Hasilnya memang super gebu dan sedap!

Cara penyediaan kuah kari:

  1. Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga wangi.
  2. Bila dah wangi dan agak keperangan masukkan rempah kari yang telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar. Masak sampai terbit minyak.
  3. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak pastu masukkan santan. Sukatan santan agak-agak jer, ikut selera nak kuah pekat atau cair. Saya tadi taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.
  4. Biar kuah mendidih. Perasakan garam dan gula untuk seimbangkan rasa. Kalau anda makan ajinomoto masukan sekali. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball.
  5.  Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu kering. Okey dah siap…bismillah!

Selamat mencuba.

Baca juga :  Roti Cinnamon Roll Yang Mudah dengan Menggunaan Roti Paratha Segera Sahaja! Sedap Beb.
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.