Welcome back dunia masak-memasak mamasal. Hehe. Hari ni mamasal nak bagi resepi atau cara buat sos perap yang mudah, simple, bajet dan yummy.
Kalau nak ubah buat untuk ayam, sosej ke pun boleh tau. Takda masalah langsung. Sama je cara dia. Resepi ni mamasal guna lamb slice.
Bahan bahan yang diperlukan adalah:
- Serbuk cili.
- Sos black pepper yang paket.
- Madu.
Tu sahaja. Mudahkan. Sape kata susah nak buatnya.
Cara-cara nak membuatnya:
- Campurkan sahaja 3 bahan diatas. Sukatan dia mamasal main letak saje.
- Cuma sos blackpaper kena lebih. Abiskan sepeket pun takpa. Jika nak pedas lebihkan serbuk cili.
- Then gaulkan lamb slice, atau potongan ayam kalau nak buat ayam.
- Rasa dulu. Ada pedas, manis madu kira ok dah. Adjust rasa ikut tekak memasing. Dalam gambar ni memang buat pedas dan lebihkan sos blackpaper nanti sos perap tu masa bakar tak kering.
- Perap 5,6 jam baru bakar. Ni mamasal perap tengahari, malam baru bakar. Baru dia ummphh gituhh.
- Masa bakar ni pakai kuali lebar je. Letak minyak supaya isi tak kering. Then boleh letak sos perap masa nak pusing-pusing isi supaya lebih sedap.
Itu sahaja cara buat sos perap. Nak makan kat luar tak baloi pulak rasa. Lagi sedap buat sendiri. Tapi sesekali rasa malas nak makan luar takda masalah.
Dah tau boleh cuba. Dah cuba nanti bagitau hasil tau hehee. So musim PKPB ni sesuai untuk kita luang masa berBBQ dengan family kita. Pun dah seronok tau.
Ha mudah tak. Nak resepi mudah yang lain jangan lupa see first mama sal yee. Kita tunggu next resepi ummphh pulak. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Saleha Maarof.