Cara untuk membuat Nasi Goreng Kerabu yang sangat terbaik dan mesti dicuba.

Malam ni saya nak kongsi resepi NASI GORENG KERABU kepada semua. Sedap sangat. Anda semua mesti cuba resepi ini ya seperti yang dimaklumkan oleh pemilik resepi asal iaitu Wan Luqman.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Nasi 250 gramm. Just nice untuk seorang makan.
  • Isi utama pilihan ayam, ikan, daging atau sotong atau udang secukupnya.
  • 1 sudu besar kicap cair.
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam.
  • 1 sudu kecil sos nampla.
  • Ulam kerabu dihiris iaitu bunga kantan, daun kesum, daun limau, kacang botol dan serai secukupnya.
  • Telur ayam sebiji.
  • Cili Padi secukupnya dihiris.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan kuali bersama sedikit minyak. Tumiskan sekejap bawang putih bersama isi pilihan. Macam saya pilih udang.
  2. Pecahkan sebiji telur kemudian kacau sehingga telur menjadi hancur. Masa kacau tu alihkan seketika kuali dari api baru telur tak hangit dan kering.
  3. Masukkan pula nasi putih dan kacau sehingga sebati. Saya buat ni untuk saya seorang je makan.
  4. Lepas tu masukan semua bahan kicap, serbuk pati ayam, sos nampla dan kacau lagi bagi sebati. Sesuaikan rasa. Kalau perlu letak gula sedikit pun ok.
  5. Akhir sekali, masukkan pula bahan sayur kerabu tadi. Oh lupa nak bagitahu, renjis sedikit lada sulah nak beri rasa berangin nanti. Bagi yang suka pedas boleh lebihkan cili padi ya.
  6. Kacau lagi sampai puas hati. Kemudian angkat dan bolehlah dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Rendang Daging Nogori yang terbaik dan tersedap sepanjang zaman.

Selamat mencuba.

One thought on “Cara untuk membuat Nasi Goreng Kerabu yang sangat terbaik dan mesti dicuba.

Comments are closed.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.