Cara untuk membuat Brocoli & Pak Choy masak Sos Tiram yang menyelerakan. Yang tak suka sayur pun pasti suka jika rasa masakan ini.

Ini cara saya buat sayur brocoli & sayur pak choy fav sefamily. Cara-cara dan bahan yang diperlukan boleh baca seterusnya ya. Terima kasih Puan Suzana Saad. Selamat mencuba.

1. Sayur Pak choy saya belah 2. Rebus bagi masak atau 1/2 masak.

2. Untuk sosnya, saya masukkan 2 atau 3 sudu besar sos tiram, 1 sudu kecil serbuk secukup rasa & 1/2 sudu kecil tepung jagung untuk memekatkan kuah.

3. Masukkan air kosong. Sukatan agak-agak byk mana kita nak siram sos nanti keatas sayur. Bancuhan ni kalau sos tiram tak cair elok pun tak apa, nanti atas api, akan jadi elok.

Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Kicap Power yang sesuai dimakan bersama apa sahaja.

4. Sayur pak choy dan brocoli perlu direbus dahulu kemudian susun cantik-cantik dalam mangkuk.

5. Tumiskan bawang putih yang dipotong kecil. Bila dah kekuningan bawang putih, masukkan pula bancuhan tadi, kacau hingga pekat sikit. Kemudian, tuang atas brocoli dan pak choy.

6. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

One thought on “Cara untuk membuat Brocoli & Pak Choy masak Sos Tiram yang menyelerakan. Yang tak suka sayur pun pasti suka jika rasa masakan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.