Cara mudah untuk membuat Tofu Jepun atau Tofu Telur hanya dengan 3 Bahan Sahaja.

Tauhu lembut atau lebih popular dipanggil tauhu telur. Kita buat sendiri je. Mudah dan diyakini kesedapanya nanti. Hanya guna 3 bahan sahaja. Selamat mencuba. Terima kasih kepada Puan Nooramin Munirah Asgnari.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 biji telur ayam.
  • 2 sudu tepung jagung.
  • Air soya 150 ml.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campur semua bahan kemudian kisarkan secara perlahan.
  2. Lepas kisar tu kita tapiskan pula dan hasil selepas tapi tu kita masukkan dalam acuan untuk dikukus.
  3. Kukuskan selama lebih kurang 25 minit. Bila dah siap kukus, kita sejukan sebentar. Bila dah sejuk baru keluarkan dari acuan dia.
  4. Kemudian kita potong-potongkan kemudian celup dalam telur dan gorengkan sehingga warna bertukar keperangan. Jangan selalu balik-balikkan nanti pecah.
  5. Siap untuk dihidangkan bersama menu pilihan anda. Buat sup pun sedap.
Baca juga :  Cara membuat Kuah Oden yang terlajak sedap

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.